Language

Disclaimer Third Language Translation

Please note that the page which will be displayed later after translations have been made is an automatic computer translation. The odds that the content will differ from the original cannot be avoided. We are not responsible on any damage or wrong information which might occur from the contents which has been translated. Official content is only at the original page which is in English or Malay.

Frequently Asked Questions

Klik untuk semak soalan-soalan lazim

Adakah produk Hayat Acai Berry Halal?
Hayat Acai Berry mendapat pengiktirafan Halal dari Badan Halal Luar Negara (BHLN) yang diiktiraf oleh JAKIM. Malah kami telah mendapatkan tunjuk ajar dan nasihat dari pegawai JAKIM dalam mendapatkan sijil Halal dari negara pengeluar yang turut mempunyai badan Halal yang diiktiraf oleh JAKIM. Kami mendapatkan sijil Halal semenjak tahun 2011 ( Dengan So. Sijil 12-011).

Bagaimana dengan Kementerian Kesihatan Malaysia?
Hayat Acai Berry telah merujuk kepada KKM dan setelah diuji, pihak Bhg Kualiti & Keselamatan Makanan, KKM mengeluarkan satu surat bertarikh 18hb Mac 2011 dengan no rujukan (60) dlm. KKM-163/S/25 Jld 119. dan mengesahkan produk ini selamat dan boleh dijual. Surat tersebut adalah surat pengkelasan produk dan produk Hayat Acai Berry ini dikelaskan sebagai produk makanan kesihatan dan bukannya ubat secara khusus.

Hayat Acai Berry adalah ubat atau makanan?
Hayat Acai Berry adalah makanan tambahan yang pastinya berfungsi menghalang dan merawat penyakit dengan membekalkan nutrisi-nutrisi penting bagi melawan penyakit, menjadi benteng diri dari penyakit seterusnya mengekalkan kesihatan diri ke tahap maksimum jika diamalkan setiap hari.

Pernah juga dikaitkan Acai Berry dengan Sibutramine?
Ramai pengguna salah faham situasi ini. Biar kami jelaskan.

Sibutramine adalah racun berjadual yang pernah diluluskan oleh KKM sekitar tahun 2009. Ia dibenarkan bagi mengatasi masalah obese yang melampau. Penggunaannya wajib dipantau oleh doktor dan tidak sesuai untuk semua golongan. Sibutramine akhirnya diharamkan oleh pihak berwajib setelah beberapa kajian lanjutan dibuat.

Namun, Ia telah disalahguna oleh beberapa syarikat pengeluar produk pelangsing badan yang turut mencampurkan bahan terlarang itu dengan Acai Berry. Pernah satu ketika Sibutramine juga turut dicampur dengan produk berasaskan epal dan ia mengundang bahaya kepada pengguna dan telah diharamkan oleh KKM. Ini jelas menunjukkan Sibutramine adalah bahan berasingan dan bukan berasal dari buah Acai Berry.

Ada ujian lain yang turut dibuat?
Ya! Hayat Acai Berry turut dihantar ke makmal UNIPEQ yang terletak di UKM-MTDC Technology Centre, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia. Ia adalah anak syarikat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang memberikan perkhidmatan kajian makmal tentang makanan dan hal-hal berkaitan. Mereka juga turut dilantik menjadi Makmal Panel kepada JAKIM dalam urusan pensijilan Halal. Hayat Acai Berry telah mendapat Certificate Of Analysis dari UNIPEQ dengan No. Rujukan ULUKM/2282/15.

ISO9001:2008 & HACCP?
Ya! Hayat Acai Berry diproses dikilang yang mendapat pengiktirafan kualiti dalam pengurusan sistem dengan No. Pendaftaran 0011Q27209ROM/2300. Kilang kami juga mendapat pengiktirafan HACCP system dengan No. Sijil 001HACCP1600414.

“Apa Hayat Acai Berry ni?
Hayat Acai Berry ni adalah minuman botani berasaskan buah Acai Berry (50%), buah pear (12.5%) , buah black currant (20%) dan air semulajadi (17.5%).

“Adakah produk ini Halal?”
Hayat Acai Berry adalah halal untuk diamalkan oleh pengguna-pengguna yang beragama Islam. Selain kerana Hayat Acai Berry ini adalah 100% buah-buahan, ia juga mendapat pengiktirafan sijil Halal pada tahun 2012 dari Badan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM (No. 12-011). Hayat Acai Berry juga sering dijemput menyertai HALFEST setiap tahun bermula 2011 hingga 2016. HALFEST adalah Pameran Produk-produk Halal Terbesar di Malaysia yang dijayakan oleh Kementerian Luar Bandar & Wilayah dengan kerjasama JAKIM.

“Adakah Hayat Acai Berry mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan selamat untuk dimakan?”
Hayat Acai Berry telah merujuk kepada KKM dan setelah diuji, pihak Bhg Kualiti & Keselamatan Makanan, KKM mengeluarkan satu surat bertarikh 18hb Mac 2011 dengan no rujukan (60)dlm.KKM-163/S/25 Jld 119. dan mengesahkan produk ini selamat dan boleh dijual. Surat tersebut adalah surat pengkelasan produk dan produk Hayat Acai Berry ini dikelaskan sebagai produk makanan kesihatan dan bukannya ubat secara khusus.

“Siapa yang boleh amalkan Hayat Acai Berry ni?
Hayat Acai Berry ini adalah minuman botani berasaskan buah-buahan 100%. Sesuai untuk diamalkan seisi keluarga. Tiada had umur. Anggaplah ia sebagai amalan pemakanan harian bagi mengantikan pengambilan buah-buahan yang sewajarnya kita amalkan setiap hari.

“Apakah tanda-tanda awal selepas mengamalkan Hayat Acai Berry ini?”
Anda akan berasa lebih bertenaga, penglihatan lebih baik, pembuangan air kecil dan besar lebih lancar. Badan tidak mudah diserang penyakit berjangkit seperti batuk & selsema.

“Adakah produk ini sesuai untuk mereka yang mempunyai kadar Kolestrol yang tinggi dalam darah?” 
Hayat Acai Berry sangat sesuai dalam menurunkan kadar kolestrol yang tinggi dalam darah dan menjadikannya stabil. Kami mendapat feedback yang sangat positif dalam masalah kolestrol ini.

“Bagaimana cara amalan pengambilan produk Hayat Acai Berry ini?” 
Bagi seorang dewasa, Hayat Acai Berry diambil sebotol sehari setiap pagi ketika perut masih kosong. Boleh juga diambil sebotol lagi sebelum makan petang atau malam bagi yang inginkan kesan yang lebih cepat atau menghidap penyakit yang lebih serius. Bagi kanak-kanak hanya ambil sebotol sehari.

“Bolehkah dimakan bersama ubat hospital yang lain?”
Hayat Acai Berry boleh diamalkan bersama ubat hospital yang lain kerana Hayat Acai Berry adalah himpunan 3 jenis buah-buahan terbaik yang sepatutnya dimakan setiap hari.

Translate »